Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyumbangkan sebanyak RM20,000 atas pencapaian wanita Malaysia menamatkan pengajian di United States Naval Academy (USNA)

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rossy Wan Ismail berkata, Sijil Penghargaan diberikan kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Janusha A/P Bala Krishnan Muthiah dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas pencapaian membanggakan itu.

Keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam telah bersetuju memberi sumbangan kepada anak kelahiran Lipis yang berusia 23 tahun itu, ujarnya.

“Janusha anak kepada Balakrishnan Muthiah yang berasal dari Melaka  Dan bapanya merupakan Penyelia di Hospital Lipis dan bersara pada tahun 2019.

“Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dilahirkan pada 9 April 1999 di Hospital Lipis dan ibunya, S Saraswathy Subramaniam yang berasal dari Bentong merupakan Ketua Penyelia Jururawat Hospital Lipis dan bersara pada tahun 2017,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dua kakak Janusha iaitu Chandralehkah dan Shamilaa pula berkhidmat sebagai doktor di Hospital Segamat, Johor.

Janusha memulakan pendidikan sekolah rendah dari darjah 1 hingga 3 di Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan kemudiannya di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dari darjah 4 hingga 6.

Beliau menyambung pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dari tingkatan 1 hingga 5 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Difahamkan mendiang bapa Janusham mahu beliau melanjutkan pengajian di UPNM selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah sebelum meninggal dunia pada 2019. – MalaysiaGazette