Taliban mengawal kawasan kuil yang diserang. Foto EPA

KABUL – Satu letupan berlaku di sebuah kuil Sikh di sini dan dipercayai tiga maut.

Ketika kejadian dipercayai terdapat 30 orang di dalamnya.

”Kami tidak tahu berapa ramai daripada mereka yang masih hidup atau berapa ramai yang mati,” kata seorang pengawal.

Kuil tersebut tidak dibenarkan masuk oleh Taliban selepas kejadian itu.

Taliban belum mengesahkan letupan itu dan tidak jelas siapa di sebalik letupan itu.

Penyiar tempatan Tolo menyiarkan rakaman yang menunjukkan asap tebal memenuhi ruang udara dari kawasan itu.

Pemerintah Taliban Afghanistan berkata, mereka telah mengamankan negara itu sejak mengambil alih kuasa pada Ogos, tetapi antarabangsa dan penganalisis berkata, risiko kebangkitan semula militan kekal.

Beberapa serangan telah berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Masyarakat Sikh telah menjadi sasaran dalam keganasan berterusan di Afghanistan.

Sebelum ini, serangan yang didakwa oleh Kumpulan IS di kuil lain di Kabul pada 2020 membunuh 25 orang.

Letupan terbaharu ini menyusul selepas serangan di sebuah masjid pada hari Jumaat di bandar utara Kunduz yang mengorbankan seorang mangsa manakala dua lagi cedera. – Agensi