Former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak during the debate with Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Malaysia Tourism Centre (MaTiC) in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazete / 12 MAY 2022. Lim Kit Siang coward
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan sikap berdiam diri kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap dakwaan rasuah yang melibatkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, semua pemimpin parti itu bertindak mengunci mulut masing-masing dan tidak mempertahankan Muhyiddin yang disifatkan sebagai sesuatu yang pelik.

“Tak kan tiada seorang pun dari PPBM mahupun PN yang ingin bekap Abah kau setelah dia terkantoi membohong bahawa dia tengah sakit kanser di luar negara pada tarikh-tarikh UKSB mendakwa membayar RM1.3 juta kepada dia?

“Seorang pun tak mahu sangkal?, soal Najib di Facebook beliau.

Najib berkata demikian mengulas laporan media mengenai  dakwaan Muhyiddin menerima RM1.3 juta daripada sebuah firma yang didakwa memberi rasuah kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin kemudiannya menafikan dakwaan itu dan berkata beliau sedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jumaat lalu, Muhyiddin berkata, dakwaan tersebut adalah palsu yang memberikan gambaran pihaknya turut menerima sogokan.

Jelas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, dakwaan bahawa beliau menerima dana tersebut antara Jun hingga Ogos 2018 juga tidak tepat berikutan pada tempoh tersebut beliau sedang mengambil cuti sakit akibat pembedahan.

Pada prosiding Jumaat lalu, David Tan Siong Sun, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), ditunjukkan lejar syarikat dan diminta mengenal pasti beberapa akronim.

Antara lain, Tan mengenal pasti “TSM” sebagai “Tan Sri Muhyiddin” dan Muhyiddin ketika itu Menteri Dalam Negeri dibayar dengan RM1.3 juta secara tunai dan dibahagikan kepada tiga bahagian pembayaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast