SHAH ALAM – Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan isteri bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Samirah Muzaffar dan dua remaja berusia 16 dan 19 daripada membunuh Nazrin Hassan.
Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman hari ini selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir prosiding peringkat pendakwaan.
Samirah, 47, dan dua remaja berkenaan mengaku tidak bersalah pada 12 Mac 2019 atas pertuduhan membunuh Nazrin.
Mereka bertiga didakwa melakukan kesalahan tersebut dekat sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara 13 Jun 2018 pukul 11.30 malam hingga 4 pagi keesokannya.
Berita penuh menyusul