Jam tangan Altaf memudahkan urusan harian umat Islam. dalam beribadat.

KUALA LUMPUR – Afeeya Group Sdn. Bhd. (Afeeya), pengeluar jam tangan Islamik jenama Altaf menyasarkan jualan sebanyak 5,000 unit sebulan sepanjang tahun ini.

Pengasasnya, Nor Sahrizan Mohd. Wazi berkata, jam digital kombinasi azan dan kiblat itu telah terjual sebanyak 30,000 unit selepas berada di pasaran sejak 2020.

Beliau berkata, pengeluaran produk itu sejajar dengan perkembangan teknologi terkini bagi memudahkan urusan harian umat Islam dalam beribadat.

“Jam Altaf bukan sekadar petunjuk waktu sahaja namun ianya memudahkan pengguna untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat di mana Islam merupakan agama terbesar di rantau Asia Tenggara.

“Justeru sasaran untuk 5,000 unit jualan sebulan adalah satu angka yang realistik untuk dicapai Afeeya berdasarkan jualan 30,000 unit sejak berada di pasaran pada 2020,” katanya.

Pengasas Afeeya Gruop, Nor Sahrizan Mohd. Wazi.

Nor Sahrizan berkata, selain ciri kombinasi azan dan kiblat, Altaf juga memiliki waktu solat secara global, penanda al-Quran, pilihan lokasi dan dilengkapi paparan cahaya lampu LED.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk mengeluarkan pelbagai produk Islamik dalam usaha mencapai sasaran akhir tahun ini untuk memperkukuhkan jenama Altaf sebagai jam kiblat nombor satu di Malaysia.

“Perancangan perlu dibuat kerana sempadan negara telah dibuka selepas fasa peralihan endemik sejak April lalu di mana orang ramai khususnya Umat Islam sudah bebas bergerak.

“Dengan adanya jam Altaf, ianya amat memudahkan pengguna muslim untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat walau di mana pun mereka berada,” katanya.

Nor Sahrizan memberitahu, idea tercetus mengeluarkan produk jam Islamik selepas beliau tamat pengajian dalam jurusan pengurusan polisi dan sekitaran sosial di Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2019.

Beliau mengambil keputusan untuk berniaga dengan bermula sebagai dropship produk-produk yang ada dalam pasaran dan pada masa sama turut mempelajari selok belok perniagaan lebih mendalam.

Pada masa sama katanya, beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti lasak seperti perkhemahan, mendaki gunung dan lain-lain lagi.

Jam tangan Altaf ditawarkan untuk golongan lelaki dan wanita.

“Ketika melakukan aktiviti lasak, saya berpandukan telefon pintar untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat fardu tetapi ianya hanya satu penyelesaian sementara.

“Ini kerana jika telefon tersebut kehabisan bateri atau tiada data internet di mana gajet itu sudah tidak dapat lagi berfungsi.

“Saya terfikir alangkah mudahnya kalau ada jam tangan yang boleh mengingatkan waktu solat fardu dan arah kiblat. Bermula dari situ saya cuba mencari jalan untuk merealisasikan idea jam kiblat ini,” katanya yang menggunakan modal awal sebanyak RM20,000.

Nor Sahrizanturut berdepan cabaran  sejak pandemik Covid-19 melibatkan peningkatan kos dari segenap sudut, kos operasi dan pemasaran.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Altaf boleh melayari laman web https://altaf.com.my/. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast