Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mendakwa terdapat beberapa lagi nama yang sudah dicap sebagai musuh politik bakal dipecat oleh UMNO.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, tindakan memecat Datuk Seri Ahmad Tajuddin Abdul Rahman sebelum tamat penggal akan hanya membawa parti ke arah krisis dan perpecahan.

Malah, katanya, tindakan ini bercanggah dengan semangat dan resolusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan PAU Khas.

Menurut Annuar, meskipun ada peruntukan bagi presiden memecat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilantik namun tindakan itu tidak membawa kebaikan malah jarang dilakukan oleh mana-mana Presiden UMNO.

“Di bawah Tun M terdapat menteri,timbalan menteri dan MKT yang menentang beliau secara terbuka, namun tiada sesiapa digugurkan hanya kerana tidak menyokong presiden,” ujarnya.

Annuar juga salah seorang pemimpin UMNO yang dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada 4 Januari tahun lalu.- MalaysiaGazette