The 46-year-old divorcee fell to his death while trying to run away from his lover’s husband.
The 46-year-old divorcee fell to his death while trying to run away from his lover’s husband. Si mati berusia 46 tahun maut dilokasi akibat terjatuh dari tingkat empat pangsapuri berkenaan ketika cuba melarikan diri dari suami kekasihnya.

JASIN – Padah berkhalwat dengan bekas kekasih yang telah menjadi isteri orang, seorang duda maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, dalam kejadian jam 11.47 pagi itu si mati berusia 46 tahun maut dilokasi akibat terjatuh dari tingkat empat pangsapuri berkenaan ketika cuba melarikan diri daripada suami kekasihnya itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, saksi iaitu kekasihnya berusia 37 tahun mendakwa lelaki itu datang ke rumahnya yang didiami bersama tiga anaknya selepas suaminya keluar pada jam 12 tengah malam, kelmarin

Deputi Superintendan Mispani Hamdan

“Bagaimanapun, semasa mereka berada di ruang tamu rumah kira-kira jam 10.30 pagi semalam, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah dan menyedari si mati ada bersama isteri keduanya itu.

“Lelaki berkenaan kemudian bertindak mengunci pintu gril sebelum segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, saksi kemudian meminta kekasihnya itu yang dikenali sejak 2005 bersemuka dengan suaminya namun ditolak si mati yang pernah berkahwin tetapi bercerai pada 2017 sebelum kembali menjalinkan hubungan itu tanpa pengetahuan suami saksi.

Tambahnya, si mati yang merupakan seorang peniaga sebaliknya mengambil seutas dawai ampaian dan mengikatnya pada palang besi bahagian koridor untuk turun dari tingkat empat pangsapuri dengan cara berpaut pada dawai terbabit.

“Saksi yang berada di rumah tamu hanya menyaksikan tindakan kekasihnya itu sebelum dia dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di bahagian luar koridor.

“Dia kemudian berlari dan mendapati si mati dalam keadaan keadaan muka tertiarap di tanah dan tidak bergerak,” katanya.

Mispani berkata, pemeriksaan fizikal pada si mati yang lengkap berpakaian mendapati kesan tanah dan darah di bahagian muka selain lengan kirinya juga patah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast