KUALA LUMPUR – Filem yang mengupas kisah keberanian dan keperwiraan pahlawan Melayu, Mat Kilau meraih kutipan jualan tiket sebayak RM11 juta hanya selepas empat hari ditayangkan di pawagam di seluruh negara.

Berita pencapaian filem itu dikongsi syarikat pemilik rangkaian pawagam GSC Cinemas di akaun media sosial.

“Kebangkitan filem tempatan! Filem Mat Kilau sudah cecah RM11 juta setakat 9 malam tadi” menurut hantaran tersebut.

Sebelum ini, filem Mat Kilau merekodkan kutipan sebanyak RM7 juta hanya dalam masa tiga hari tayangan sejak Khamis lalu.
Malah pada hari pertama tayangan juga, filem epik itu juga mencecah kutipan RM1 juta.

Filem hasil sentuhan Syamsul Yusof yang juga pengarah KL Gangster sebelum ini dibarisi beberapa bintang pelakon terdiri daripada Adi Putra, Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri dan Wan Hanafi Su. – MalaysiaGazette