Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Pejabat Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Negeri Wilayah PErsekutuan Putrajaya (PPNWPP) yang kini beroperasi di Menara TM, Jalan Semarak Kuala Lumpur akan beroperasi di pejabat baharu mulai pada 1 Julai 2022.

Alamat pejabat baharu di Menara Hasil Bangi, Aras 2 Kanan, Menara 3, No: 3, Jalan 9/10 Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi.

Urusan perpindahan pejabat lama ke pejabat baharu akan bermula hari ini hingga 30 Jun 2022.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada HASiL melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette