Tajuddin Abdul Rahman

PETALING JAYA – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman secara terang terangan mengesyorkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar memberi tumpuan kepada kes beliau di mahkamah.

Katanya, perkara itu lebih baik difokuskan Ahmad Zahid kerana Presiden UMNO itu  berdepan tuduhan rasuah yang banyak.

“Saya doakan yang terbaik,” katanya dalam sidang media di Hotel Eastin, di sini, hari ini bagi menjawab isu pengguguran beliau daripada MKT UMNO.

Dalam pada itu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan Ahmad Zahid.

“Saya hormat dia sebagai Presiden,” ujarnya.

Lagi menyusul….