Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR – Kenaikan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur harga barangan di pintu kilang kekal tinggi pada kadar 11.2 peratus pada Mei 2022 berbanding 11.0 peratus direkodkan pada April 2022.

Peningkatan dalam IHPR pengeluaran tempatan pada Mei 2022 disumbangkan oleh indeks perlombongan yang meningkat 20.6 peratus berbanding 18.4 peratus direkodkan pada April 2022.

Indeks pertanian, perhutanan & perikanan mencatatkan peningkatan 16.7 peratus (April 2022: 18.0%) disumbangkan terutamanya oleh kenaikan dalam indeks bagi tanaman kekal (21.2%),perikanan (11.3%) dan tanaman tidak kekal (7.8%).

Pada Mei 2022, indeks pembuatan mencatatkan peningkatan dua digit 10.1 peratus buat kali pertama sejak Ogos 2011
(10.6%) dengan 10.1 peratus, dipacu oleh kenaikan dalam indeks subsektor pembuatan minyak & lemak daripada sayuran & haiwan (24.5%), pembuatan produk petroleum bertapis (22.9%) dan pembuatan kimia asas, baja & sebatian nitrogen, plastik & getah sintetik dalam bentuk primer (13.3%).

Sementara itu, indeks bekalan air meningkat 1.2 peratus, manakala, indeks bekalan elektrik & gas menurun 0.6 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada Mei 2022, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 1.2 peratus berbanding 0.2 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya disumbangkan oleh indeks perlombongan yang mencatatkan 4.0 peratus (April 2022: -6.6%) disumbangkan oleh kenaikan pada indeks minyak mentah (4.3%) dan gas asli (3.1%).

Pada masa yang sama, indeks pembuatan meningkat 1.0 peratus disokong oleh kenaikan dalam indeks bagi subsektor pembuatan minyak & lemak daripada sayuran & haiwan (2.6%), pembuatan produk petroleum bertapis (1.3%) dan pembuatan peralatan elektronik pengguna (1.1%).

Indeks pertanian, perhutanan & perikanan turut meningkat 0.9 peratus (April 2022: -2.9%), dipacu oleh kenaikan dalam indeks ayam (3.8%) dan buah tandan segar kelapa sawit (0.8%).

Selain itu, indeks sayur-sayuran seperti kangkung, timun, sawi, kacang panjang dan kubis bulat turut meningkat manakala indeks bekalan air meningkat 0.1 peratus, manakala, indeks bekalan elektrik & gas menurun 0.5 peratus.

Mengulas mengenai IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, Mohd Uzir berkata, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 17.3 peratus pada Mei 2022 berbanding 17.1 peratus direkodkan pada April 2022.

Kenaikan ini disumbangkan oleh indeks bahan bukan makanan (19.8%) dan bahan makanan & makanan untuk binatang (3.8%).

Pada masa yang sama, indeks bahan perantaraan, bekalan & komponen terus mencatatkan peningkatan lebih tinggi 13.5 peratus pada Mei 2022 (April 2022: 13.1%) didorong oleh kenaikan dalam indeks bahan api yang diproses & pelincir (18.7%), bahan & komponen untuk pembuatan (15.0%) dan bekalan (5.7%).

Indeks barang siap turut mencatatkan peningkatan pada Mei 2022 dengan 1.0 peratus (April 2022: 1.1%), disokong oleh peningkatan dalam indeks makanan pengguna siap (6.5%).”

Tambahnya, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 2.1 peratus berbanding penurunan 3.5 peratus yang direkodkan pada April 2022.

Indeks bahan perantaraan, bekalan & komponen meningkat 1.2 peratus, manakala indeks barang siap meningkat 0.3 peratus.

Katanya, peningkatan dua digit dalam IHPR di Malaysia adalah selari dengan kenaikan inflasi di peringkat pengeluar bagi beberapa negara terpilih yang dipengaruhi oleh faktor kekurangan bekalan terutama bahan mentah berikutan kelonggaran sekatan, pembukaan ekonomi serta perang antara Rusia dan Ukraine.

Inflasi di peringkat pengeluar bagi United Kingdom meningkat 15.7 peratus pada Mei 2022, naikdaripada 14.7 peratus dicatatkan pada April 2022 didorong oleh harga yang lebih tinggi bagi bahan api dan bahan mentah yang meningkat lebih daripada 22.0 peratus tahun ke tahun.

Pada masa yang sama, peningkatan harga gasoline dan produk-produk tenaga menyumbang kepada kenaikan 10.8 peratus bagi inflasi di peringkat pengeluar di Amerika Syarikat pada Mei 2022. Situasi yang sama berlaku kepada negara Asia Selatan
seperti Thailand, yang mana inflasi di peringkat pengeluar mencatatkan kenaikan 13.3 peratus pada Mei 2022 (April 2022: 12.8%).

Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan dalam sektor pembuatan dan perlombongan, katanya. – MalaysiaGazette