Pera peserta yang menyertai program Pembimbing Rakan Komuniti (PRK) Riqab mulai 24 hingga 26 Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 30 peserta dalam kalangan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) mengikuti program Pembimbing Rakan Komuniti (PRK) Riqab mulai 24 hingga 26 Jun lalu.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi kenyataan di Facebook berkata, program tersebut bertujuan mendedahkan para peserta untuk kembali kepada fitrah dan ajaran Islam yang sebenar.

“Program ini menjadikan Islam sebagai asas dalam kepimpinan serta melatih asnaf riqab sebagai pembimbing yang boleh membantu golongan mereka berhijrah ke arah lebih baik,” kata agensi itu.

Antara aktiviti dijalankan ialah solat berjemaah, tazkirah agama, memanah dan pengisian ilmu seperti panduan imam terbaik, komunikasi dakwah terbaik dan Asas LeaderShip Ohsem.

MAIS memaklumkan, para peserta turut diberikan kata-kata semangat untuk kekal positif dalam menjalani sesi penghijrahan dan menjadi ikutan kepada komuniti yang lain.

Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disempurnakan oleh Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Hashim Meon. – MalaysiaGazette