KUALA LUMPUR – Tan Sri Rafidah Aziz melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi dan Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif AirAsia X Berhad berkuat kuasa 1 Julai ini. Rafidah, 78, melepaskan jawtaan itu selepas 10 tahun bersama syarikat penerbangan tersebut. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, AirAsia X berkata, Rafidah juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Risiko dan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. – MalaysiaGazette