PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum menerima surat keluar parti itu daripada Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu beliau sudah maklum perkara tersebut namun masih menunggu pengesahan secara bertulis daripada Mohamaddin.
“Saya pun belum terima (surat keluar Bersatu), dia pun baru cakap.
“Maklum la orang ini kadang-kala ada perasaan, kena ikut sesetengah perasaan orang yang betul-betul cekal, macam mana pun dia lawan habis-habisan.
“Ada orang perangai macam itu, ada yang tak tahan, lemah dan macam-macam lagi, itu manusia,” katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mohamaddin yang mengumumkan keluar Bersatu dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama menyatakan beliau kini bergelar wakil rakyat bebas dan setakat ini tidak menyertai mana-mana parti politik.
Dalam pada itu, Hamzah tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan bekas Menteri Pelacongan, Seni dan Budaya itu.
“Dia pun ada hantar teks kepada saya pagi tadi, Insya-Allah tak ada berlalu apa-apa. Saya nak bincang dengan dia sebab dia nak bincang dengan saya.
“Nanti saya umumkan (pertemuan dengan Mohamaddin),” katanya.
Ditanya sama ada Mohamaddin masih ahli Bersatu, beliau bagaimana tidak dapat mengesahkan perkara itu sehingga surat keluar parti diperoleh.
“Saya belum menerima apa-apa surat daripada dia,” tegasnya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: