Foto Instagram Tegar.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dari Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Tegar Septian mengesahkan perkahwinannya dengan Sarah Sheilka sudah berakhir.

Menerusi Instagram Story, Tegar, 21, membuat pendedahan mengenai keruntuhan rumah tangganya namun tidak berkongsi tarikh perceraian.

Jelasnya, dia mengalami tekanan akibat sukar mencari wang sehingga menyebabkan tubuhnya menjadi kurus.

“Aku sudah tidak bersama Sara lagi. Aku sudah terlalu penat. Dan, aku berjanji tidak mahu terulang lagi seperti ini,” tulisnya.

Kata Tegar, dia dan isteri kelihatan romantis dalam media sosial tetapi realitinya ramai tidak tahu mereka dilanda kerunsingan berdepan dengan pelbagai tekanan.

“Aku memang manusia tidak sempurna. Kalau anda mahu tahu, aku tertekan memikirkan banyak hal. Sekali lagi, mulai detik ini, aku sudah tidak sama Sarah lagi.

“Aku memilih untuk hidup baharu dan bermula dengan kosong,” katanya yang kini banyak menghabiskan masa di rumah.

Penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sehingga menjadi penyanyi popular itu berkata, dia tidak betah apabila terpaksa duduk di rumah.

“Kalian harus tahu, aku selalu berada di rumah sahaja. Jujurnya, aku orang yang tidak betah duduk di rumah. Aku jadi kurus terlalu banyak berfikir. Sukar cari duit membuatkan aku benar-benar depresi,” tulisnya.

Bekas peserta Big Stage 2022 itu mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast