Pejabat operasi Rappler di Manila. Foto Getty Images

MANILA – Pihak berkuasa Filipina sekali lagi mengarahkan laman berita penyiasatan yang diasaskan oleh pemenang Hadiah Nobel Keamanan Maria Ressa ditutup.

Rappler adalah salah satu daripada media Filipina yang mengkritik kerajaan Presiden Rodrigo Duterte.

Keputusan pengawal selia dibuat sejurus sebelum Duterte meninggalkan jawatan dan digantikan oleh sekutunya Ferdinand Marcos Jr. yang memenangi pilihan raya pada Mei lalu.

Bagaimanapun, Rappler berkata, ia tidak akan ditutup dan akan mencabar perintah itu di mahkamah.

“Kami akan terus bekerja dan menjalankan perniagaan seperti biasa. Kami akan mematuhi proses undang-undang dan terus empertahankan hak kami,” kata Ressa.

Beliau berkata, arahan itu dilakukan dalam prosidang yang tidak betul dan media itu tidak boleh bergantung pada kedaulatan undang-undang lagi.

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk membatalkan lesen syarikat itu telah dikekalkan selepas mahkamah menyimpulkan model pembiayaan Rappler tidak berperlembagaan.

Kali pertama perintah penutupan Rappler pada tahun 2018 dengan membatalkan kelayakan organisasi berita itu kerana syarikat itu telah menjual kepentingannya kepada entiti asing, sekali gus melanggar sekatan pemilikan asing dalam media Filipina.

Rappler telah menentang keputusan sejak itu dan menafikan pembiayaan pelabur dari Amerika Syarikat melanggar undang-undang.

Pada 2015 Rappler menerima pembiayaan oleh rangkaian Omiydar – sebuah syarikat pelaburan dermawan yang ditubuhkan oleh Pierre Omiydar, pengasas bilionair Ebay – tetapi menafikan ia menyerahkan kawalan asing.

Tiga tahun kemudian ia menderma pelaburan itu kepada kakitangan Filipina Rappler untuk membuktikan ia tidak mempunyai kepentingan mengawal dalam perniagaan tersebut. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast