Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (kanan) dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook (kiri) pada Sidang Nadi Rakyat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Gejala rasuah akan terus berleluasa sekiranya pengundi terus menolak politik, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantaran itu, rakyat di negara ini tidak mempunyai pilihan lain sekiranya mereka menolak politik secara total pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tidak lama lagi.

“Kalau pilih untuk tolak politik, kita akan humban masa depan anak-anak kita akan ditentukan orang-orang yang korup.

“Tak peduli Melayu, Kadazan, Cina, India kita ada pilihan, jangan izinkan rakyat dihumban (dengan politik rasuah),” katanya katanya dalam Sidang Nadi Rakyat, hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Anwar berkata, Pakatan Harapan (PH) konsisten dengan menolak kerajaan yang mengamalkan politik rasuah.

“Siapa boleh nafikan elit politik kaut kekayaan untuk diri dan pergunakan rakyat, bukan soal kaum.

“Ada elit politik Melayu yang khianat, dan Cina serta India yang kaut keuntungan termasuk dalam kalangan dari pekerja-pekerja dari Bangladesh.

“Semua terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah sebab itu ada langkah sekarang, yang mula menyerang badan kehakiman sebab takut dengan badan yang berani dan bebas.

“Parti kita dan PH ini berdiri tegak dari awal, untuk tegakkan keadilan, dari awal suarakan denyut nadi rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette