Christian Eriksen. Foto TEAMtalk.

LONDON – Bintang Denmark, Christian Eriksen dilaporkan bersetuju dengan syarat menyertai Manchester United, lapor goal.com.

Pemain tengah menyerang itu rela menolak tawaran Tottenham Hotspur dan kekal di atau Brentford berbanding United.

Laporan media mengesahkan pemain berusia 30 tahun itu akan menandatangani kontrak selama tiga tahun di Old Trafford.

United sudah lama memburu Eriksen untuk menggantikan pemergian Juan Mata.

Ketika ini, Eriksen merupakan pemain ejen bebas dan sebelum ini bermain untuk Brentford selepas kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama dengan Inter Milan.

Ini kerana Serie A melarang atlet bermain di pentas profesional dengan alat bantuan jantung.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast