Asap berkepul-kepul di Sievierodonetsk ketika serangan Rusia ke atas Ukraine berterusan di Lysychansk, wilayah Luhansk, Ukraine. Foto Reuters

KYIV – Ukraine mengesahkan  bandar timur Lysychansk telah jatuh ke tangan tentera Rusia.

“Selepas pertempuran sengit di Lysychansk, pasukan pertahanan Ukraine terpaksa berundur daripada kedudukan mereka,” kata seorang jurucakap tentera.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, tenteranya telah menawan Lysychansk dan menguasai sepenuhnya wilayah Luhansk.

”Tentera Ukraine telah kalah di sana,” ujarnya.

Jurucakap tentera menambah, askar Ukraine menarik diri untuk ‘memelihara nyawa askar-askarnya’.

Tambahan pula, Rusia mempunyai pelbagai kelebihan dalam artileri, pesawat, tenaga kerja dan pasukan lain.

Presiden Volodymyr Zelensky berjanji tentera Ukraine akan kembali ke Lysychansk.

Terdahulu, Ketua Republik Chechnya Rusia, Ramzan Kadyrov, mengeluarkan video yang menunjukkan tentera Chechnya di tengah Lysychansk.

Dalam pada itu, di barat Ukraine, bandar Slovyansk sedang diserang hebat, dengan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh.

Ia terletak di Donestk dan merupakan wilayah industri.

Sejurus sebelum Rusia melancarkan perang, Presiden Vladimir Putin mengiktiraf semua Luhansk dan Donetsk sebagai bebas daripada Ukraine.

Lebih seminggu yang lalu, tentera Rusia menawan Severodonetsk selepas diserang dibom Rusia selama berminggu-minggu. – BBC