Datuk Seri Hasan Arifin menjelaskan dakwaan laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini telah dipinda atas arahan pihak tertentu, tidak berlaku ketika beliau menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Datuk Seri Hasan Arifin

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Dewan Rakyat membuat syor supaya satu kajian dilakukan terhadap pemberian kupon kepada golongan sasar bagi mengantikan subsidi.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, kajian perlu berikutan peningkatan jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan terutama dalam sektor minyak yang mencecah hampir RM30 bilion.

Menurutnya, mesyuarat bersama wakil dari Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Bank Negara Malaysia hari ini merumuskan jumlah subsidi tersebut adalah terlalu tinggi dan tidak tersasar.

“Sebahagian besar daripada subsidi ini turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi.  Oleh itu, Jawatankuasa telah bersetuju untuk membuat kajian yang lebih mendalam bersama-sama dengan agensi yang terlibat seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Dunia, Kementerian Kewangan, pusat penyelidikan ekonomi dan juga pihak swasta.

“Jawatankuasa mengesyorkan kajian ini perlu dilakukan bagi melihat sama ada keperluan Kerajaan untuk memperuntukan subsidi upah yang lebih bersasar dan juga kupon minyak bagi B40 berbanding dengan pemberian subsidi minyak, minyak masak dan barang-barang keperluan asas yang lain,” katanya.

Jawatankuasa itu turut mengesyorkan tindakan undang-undang yang lebih keras terhadap mereka yang menyeludup minyak petrol atau diesel, minyak masak dan barang-barang keperluan bersubsidi ke luar negara.

Hukuman yang dicadangkan penjara dan juga mengenakan denda yang tinggi termasuk kepada mana-mana restoran atau peniaga yang menggunakan minyak subsidi.

“Terdapat banyak rungutan bahawa minyak masak subsidi
digunakan oleh restoran-restoran yang menyebabkan bekalan minyak masak selalu terputus.

“Oleh itu penguatkuasaan yang lebih kerap perlulah dilalukan
bagi mengelakkan perkara ini berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu jawatankuasa itu turut meminta EPU supaya mengkaji kaedah untuk meningkatkan pampasan pekerja dalam pengiraan Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) Pendapatan.

Di Malaysia katanya, pampasan pekerja bagi tahun 2020 adalah 37.2% dari KDNK dan jumlah tersebut lebih rendah berbanding Singapura (43.6%), Korea Selatan (47.5%), United Kingdom (53.8%) dan Amerika Syarikat (55%).

“Di Malaysia pemilik modal menerima manfaat pertumbuhan ekonomi yang lebih besar berbanding pekerja.

“Oleh itu, strategi yang telah digariskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMK-12) perlu dilaksanakan segera bagi meningkatkan peratusan pampasan pekerja sekurang-kurangnya 40% dari KDNK pada tahun 2025 seperti disasarkan dalam RMKe-12,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast