Pemain EPL diberkas polis kerana disyaki telah merogol seorang perempuan pada Jun lalu. Kredit Getty Images/BBC Sport

LONDON – Seorang pemain antarabangsa yang beraksi dalam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah ditangkap polis di London Utara kerana disyaki merogol.

Pemain berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidak didedahkan identitinya atas sebab undang-undang.

Bintang terkemuka itu kini dalam tahanan polis dan direman pada pagi Isnin untuk siasatan lanjut oleh polis.

Polis Metropolitan memberitahu BBC Sport, pada 4 Julai 2022 seorang perempuan berusia 20 tahun telah mengemukakan aduan dakwaan dirogol pemain profesional EPL itu.

Mangsa mendakwa insiden itu dilakukan oleh suspek (pemain bola sepak) pada Jun 2022.

Kenyataan itu menambah, pada tarikh yang sama juga pemain itu ditangkap polis di sebuah rumah beralamat di Barnet dan kini direman polis untuk siasatan lanjut.

Polis sedang meneruskan soal siasat ke atas suspek pemain tersebut.

Ketika musim baharu,EPL bakal membuka tirai dalam masa genap sebulan lagi, penahanan pemain itu oleh polis mencetuskan kejutan di England.

Selain itu, negara yng diwakili pemain itu juga telah melayakkan diri ke Piala Dunia Qatar 2022, sekali gus mencetuskan persoalan.

Setekat ini belum ada ketetapan sama ada pemain tersebut akan dibenarkan beraksi untuk kelab dan negaranya.- BBC Sport.