KUALA LUMPUR – Dua pegawai polis ditahan dalam satu serbuan di pusat hiburan di Petaling Jaya, Selangor, lewat malam tadi.
Difahamkan, pegawai yang terlibat bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, manakala seorang lagi dari Bukit Aman.
Mereka ditahan dalam serbuan dan pemeriksaan oleh pasukan Cawangan Risikan/ Operasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Sewaktu serbuan, kedua-dua pegawai berada di dalam sebuah bilik bersama dua orang wanita berumur lingkungan 32 hingga 33 tahun.
Ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh JSJN IPK Selangor ke atas kedua-dua pegawai dapati negatif dadah.
Pemeriksaan lanjut dalam premis juga telah menahan 64 orang pekerja dan pelanggan di dalam premis tersebut untuk tujuan pemeriksaan, namun tiada rampasan dilaporkan.
MalaysiaGazette sedang mendapatkan pengesahan mengenai tangkapan ini. -MalaysiaGazette