Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim menyampaikan sumbangan mock cek kepada wakil kawasan Parlimen Wilayah Perseketuan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Prograam Korban Perdana Yayasan Wilayah Perseketuan di Menara Seri Wilayah Perseketuan, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 07 JULAI 2022.

PUTRAJAYA – Sejumlah RM314,000 termasuk 52 ekor lembu disumbangkan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sempena Program Korban Perdana.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, aktiviti korban itu akan diadakan di kesemua 13 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Katanya, Program Korban Perdana itu merupakan program tahunan YWP yang dilaksanakan sejak 2014 dengan kerjasama daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

“YWP akan memberi sumbangan dana, manakala NGO bertangggungjawab untuk mencari asnaf yang layak menerima daging korban, selain mengurus urusan penyembelihan dan melaksanakan agihan.

“Pemilihan NGO berdasarkan kredibiliti mengurus program korban dan kerjasama dengan rakyat di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyerahan sumbangan program tersebut di kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Shahidan, YWP akan memberi sumbangan dana, manakala NGO bertangggungjawab bertindak untuk mencari asnaf yang layak menerima daging korban, selain mengurus urusan penyembelihan dan melaksanakan agihan.

Beliau berkata, setiap NGO akan menerima empat ekor lembu serta sedikit bantuan tunai bagi tujuan pelaksanaan program tersebut.

“Besar harapan saya agar Program Korban Perdana YWP ini dapatlah membantu warga Wilayah Persekutuan menghayati erti pengorbanan terutamanya dalam membantu warga fakir miskin dan mereka yang memerlukan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast