Seorang lelaki kurang waras bertindak berenang dalam Tasik Sri Rampai sejauh 100 meter dari tebing. Foto Ihsan Bomba.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai kurang waras didapati terjun dan berenang ke tengah Tasik Taman Sri Rampai, Jalan Kilang di sini berjaya diselamatkan petang tadi.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan (PBK II), Hazliza Zuliana Mohd Marzuki berkata, semasa kejadian, lelaki berkenaan sudah berada kira-kira 100 meter dari tebing tasik.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada polis pukul 6.39 petang.

“Seramai 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dengan sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota Bomba berjaya menyelamatkan mangsa berusia 20 tahun itu pada jam 7.25 malam. Foto Ihsan Bomba.

Hazliza berkata, sampai sahaja di tasik berkenaan, anggotanya berjaya menyelamatkan mangsa berbangsa Melayu dan berusia 20 tahun itu pukul 7.25 malam dan menyerahkannya  kepada polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette