Poster filem Mat Kilau

KUALA LUMPUR – Kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sudah mencecah RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan, sekali gus melebihi sasaran yang dijangkakan.

Sebelum ini, pengarahnya, Syamsul Yusof meletakkan sasaran maksimum mampu mencapai kutipan RM60 juta.

Diterbitkan Studio Kembara, kos pembikinan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berdasarkan fakta sejarah membabit bajet RM8 juta.

Kejayaan kutipan itu telah mengatasi filem hollywood Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Black Panther, Furious 7, Spiderman, dan Transformers dalam carta ‘All Time International Malaysia Box Office’.

Jumlah kutipan itu juga berjaya memecah rekod filem Munafik 2 yang juga arahan Syamsul pada 2018 sebanyak RM48 juta. – MalaysiaGazette