Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) perlu lebih terbuka dalam memilih agensi pelancongan yang belum pernah menjadi Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada setiap tahun bagi mengelakkan insiden bakal jemaah haji tertipu berulang kali berlaku saban tahun.

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) yang kesal dengan insiden yang berlaku kepada bakal jemaah haji berkata, sudah tiba masanya sistem ‘Kartel TH’ ((saya suka, saya bagi) yang diamalkan oleh lembaga itu dirombak tanpa birokrasi bagi memberi peluang kepada agensi pelancongan yang lain menjadi PJH.

Cadangan ini bagi memastikan TH tidak hanya tertumpu kepada PJH yang sedia ada saban tahun.

Sebaliknya, Presiden PAPUH, Datuk Razali Mohd Sham mengesorkan setiap agensi pelancongan yang menjadi PJH mesti diulang ganti setiap dua tahun.

”TH perlu lebih peka dengan insiden jemaah haji yang terjadi setiap tahun dan apakah tindakan mereka bagi membenteras permasalahan ini?

”Dalam hal ini juga, PAPUH menyambut baik reaksi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang mengambil tindakan setelah berlakunya penipuan di bawah undang-undang Akta Industri Pelancongan 1992. Tindakan ini adalah wajar kerana pengurusan mengerjakan haji bukanlah terletak di bawah kuasa MOTAC,” katanya.

PAPUH, katanya, amat kesal dengan tindakan agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab mempromosikan pakej haji furada kepada orang ramai dengan menjanjikan bulan dan bintang sehingga di saat-saat akhir.

Jelasnya, sSebagai persatuan yang bertanggungjawab di atas urusan umrah dan haji melihat insiden ini amat serius kerana ianya melibatkan jutaan ringgit orang awam.

Razali berkata, Visa Haji Jemputan adalah visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi kepada orang yang berkepentingan kepada mereka, i bermakna ianya tidaklah semudah bagi siapa saja yang ingin memohon visan ini kecuali mereka yang berkepentingan.

Visa Haji Jemputan ini adalah hak mutlak Kedutaan Arab Saudi dan ianya tiada kaitan dengan Tabung Haji.

”Sepatutnya agensi pelancongan tersebut boleh memulangkan wang bayaran kepada Jjemaah mereka sekiranya agensi pelancongan tersebut tidak mempunyai sebarang surat kelulusan dari Kedutaan Arab Saudi dan perkara ini tidak akan berlaku kekecohan sekiranya agensi pelancongan tersebut bertindak lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat akhir.

Beliau berkata, punca utama kejadian ini berulang-ulang kali berlaku disebabkan iklan promosi dengan harga pakej yang ditawarkan.

”Sepatutnya jemaah haji tidak perlu membayar keseluruhan kos pakej sebaliknya hanya perlu membayar sedikit wang pendahuluan, Bayaran penuh boleh dibuat sekiranya mereka mendapat Visa Haji Jemputan.

”Pengurusan syarikat bagi mengurus permasalahan jemaah tidak diurus dengan baik juga menjadi faktor peyumbang kepada insiden tersebut.

“Lagipun, pada tahun ini, Visa Haji Jemputan ini tidak menggunakan Visa Furada (visa sahaja) seperti tahun-tahun sebelumnya sebaliknya digantikan dengan Visa Mujamalah (visa termasuk pakej pengurusan dan penginapan) yang lebih efektif dan mudah,” jelas beliau.

Tambahan pula, disebabkan oleh pandemik Covid-19, Kerajaan Arab Saudi telah menghadkan jumlah kemasukan Jemaah Haji pada tahun ini sebanyak satu juta orang seluruh dunia, bermakna pengeluaran Visa Haji Jemputan juga dihadkan tidak seperti tahun-tahun sebelum wabak Covid-19 melanda dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast