Orang ramai menyaksikan nahas membabitkan pembonceng dan penunggang motosikal di Petaling Jaya pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas terbabas di selekoh jalan dan terlanggar batu penghadang di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 2.30 pagi tadi.

PenunggangYamaha Y15ZR berumur 20 tahun manakala pemboncengnya pula 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata,  kejadian berkenaan dilaporkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pada 2.39 pagi tadi.

Katanya, siasatan dibuat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

Fakhrudin menggesa saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kepada siasapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan A/L Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette