Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

PETALING JAYA – Mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel yang disyaki jatuh dari tingkat 17 sebuah perumahan kondominium di Kelana Jaya ditemui petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian itu berkata, mayat lelaki warga asing itu masih belum dikenalpasti identitinya, dianggar berumur dalam lingkungan 30-an.

Menurutnya, susulan penemuan mayat itu, polis telah melakukan serbuan di kediaman, lokasi penemuan mayat itu sebelum berjaya menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki telah membunuh mangsa.

Kedua-dua suspek yang dalam lingkingan 40-an dicekup pada jam 10.15 malam tadi.

Fakhrudin berkata, polis merampas pelbagai barangan peribadi milik suspek termasuk telefon bimbit dan beberapa peralatan seks.

Kedua-dua suspek berkenaan sudah direman selama tujuh hari sehingga 19 Julai ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, ujarnya. – MalaysiaGazette