Home Nasional Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Pulau Pinang

Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Pulau Pinang

Apa khabaq oghang Penang!

Jom kita ramai-ramai pakat pi Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Pulau Pinang pada hujung minggu ini di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas (ILP Kepala Batas).

Lebih 12,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan di karnival kerjaya ini, yang akan diadakan pada 16 & 17 Julai 2022 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jemput mai semua terutamanya para belia, khususnya graduan dan lepasan sekolah yang dok cari pekerjaan.

Daftar la ni juga di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan kami seperti nombor yang tertera.

Mai na, jangan tak mai!