Riza Aziz

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Ogos depan bagi keputusan permohonan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapatkan dokumen tertentu daripada penerbit filem, Wolf of Wall Street, Riza Shahriz Abdul Aziz dan dua syarikatnya.

Ini merupakan permohonan 1MDB dalam kes samannya terhadap Riza yang juga merupakan anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB serta tiga lagi syarikat subsidirinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited Telah membuat tuntutan saman bagi  mendapatkan kembali AS$248 juta Riza dan dua syarikatnya selaku defendan yang didakwa menyalahgunakan dana syarikat tersebut sebelum ini.

Untuk makluman, ini juga merupakan tuntutan 1MDB terhadap sembilan entititi termasuk dua institusi kewangan luar dan 25 individu dalam usaha mendapatkan semula aset-aset mereka setelah mendapati sebanyak AS$248 juta dalam dana yang dilesapkan antara 2011 dan 2012.

1MDB dan subsidirinya juga mendakwa semua yang di saman itu telah menggunakan dana syaraikat pelaburan strategik itu untuk kepentingan diri dan sekutu, termasuk bagi tujuan pembiayaan produksi filem dan pembelian pelbagai hartanah.

Selain itu, 1MDB juga mendakwa firma guaman Shearman and Sterling membenarkan Riza dan Raman sekutunya iaitu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jhow atau Jho Low telah menggunakan akaun klien mereka bagi tujuan menggelapkan sejumlah besar dana syarikat itu.

Plaintif turut menuntut deklarasi Riza bertanggungjawab atas dana yang dilesapkan dan diterima atas alasan penerimaan berpengetahuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast