MEXICO CITY – Seorang ‘raja’ dadah terkenal dalam senarai 10 individu paling dikehendaki Amerika Syarikat telah ditahan pada hari Jumaat dalam operasi yang berakhir dengan tragedi apabila 14 Marin yang membantu dalam penahanannya terbunuh dalam nahas helikopter, kata pegawai Tentera Laut Mexico
Ketika kejadian helikopter Black Hawk, yang dimiliki oleh tentera Laut, sedang mengiringi pesawat lain yang membawa Rafael Caro Quintero, pengasas kartel Guadalajara, yang ditangkap di negeri utara Sinaloa.
Seorang terselamat dalam nahas itu.
Punca insiden itu masih belum diketahui.
Tentera Laut menyifatkan insiden ini menyedihkan, namun setakat ini tiada maklumat yang mengaitkan nahas pesawat itu dengan penahanan pengedar dadah itu.
Amerika Syarikat menjejaki Caro Quintero dan berusaha untuk mengekstradisinya kerana pembunuhan Enrique Camarena Salazar, ejen Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat pada tahun 1985.
Disebabkan kes Camarena, “hubungan antara Mexico dan Amerika Syarikat menjadi tegang” untuk seketika, menurut bekas ejek DEA Hector Berrellez kepada Xinhua.
Caro Quintero menghabiskan 28 tahun di penjara di Mexico kerana peranannya dalam pembunuhan itu sebelum dia dibebaskan atas dasar teknikal pada 2013.
Mahkamah Agung Mexico kemudiannya membatalkan keputusan yang membebaskannya
Caro Quintero, yang menjadi pelarian selama bertahun-tahun, ditemui oleh seekor anjing penghidu yang bersembunyi di dalam semak di bandar Choix, Sinaloa, kata tentera laut. – Agensi