KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,936 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam termasuk satu kes import.
Peningkatan itu menjadikan angka terkumpul kes Covid-19 di negara ini menjadi 4,585,143, menurut data COVIDNOW.
Manakala tujuh kes kematian yang direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan kes kumulatif sebanyak 35,855.
Kes sembuh pula sebanyak 3,899.
Dalam pada itu, kes aktif yang dilaporkan sebanyak 42,511 termasuk 40,933 kes menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,484 lagi dirawat di hospital.
Daripada jumlah itu, 61 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 38 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette