KUALA LUMPUR – AirAsia X (AAX), syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh memperkenalkan laluan baharu ke Melbourne (Tullamarine) dan Perth di Australia serta Auckland di New Zealand mulai 1 November ini.
Semua laluan utama ini meningkatkan rancangan pertumbuhan syarikat penerbangan itu dengan menawarkan 13 laluan yang akan beroperasi pada tahun ini, termasuk Sydney, New Delhi, Seoul, Tokyo, Sapporo, Osaka dan Honolulu serta London, Dubai dan Istanbul.
AAX akan memulakan semula perkhidmatannya ke Melbourne (Tullamarine), Perth dan Auckland (melalui Sydney) dengan tiga penerbangan mingguan mulai November dan akan meningkatkan kekerapan kepada penerbangan harian secara beransur-ansur menjelang suku pertama tahun 2023 untuk memenuhi peningkatan permintaan.
Ketiga-tiga destinasi baharu yang tersedia untuk tempahan daripada RM499 ke Perth, RM699 ke Melbourne dan RM1,999 ke Auckland termasuk semua hala di kelas ekonomi.
Para tetamu juga boleh menikmati premium flatbed daripada RM1,999 ke Perth, RM2,999 ke Melbourne dan RM5,999 ke Auckland sehala.
Para tetamu yang terbang ke Kuala Lumpur juga boleh menikmati tambang bernilai hebat termasuk semua sehala daripada AUD209 dari Perth, AUD359 dari Melbourne dan NZD499 dari Auckland di kelas ekonomi; dan daripada AUD1,099 dari Perth, AUD1,999 dari Melbourne dan NZD1,999 dari Auckland untuk premium flatbed.
AAX juga terbang dari Kuala Lumpur ke Sydney dengan tambang termasuk semua sehala daripada RM899 di kelas ekonomi dan RM2,799 untuk premium flatbed, serta tambang pulang daripada AUD309 di kelas ekonomi dan AUD899 untuk premium flatbed bermula September 2022. – MalaysiaGazette