Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerima enam unit mesin pengimbas baharu yang dipasang secara berperingkat di Pelabuhan Klang dari November 2021 hingga Mei lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zazuli Johan berkata, enam unit mesin pengimbas baharu itu diluluskan Kementerian Kewangan bagi melengkapkan tugasan membanteras aktiviti penyeludupan menerusi pelabuhan.