KUANTAN – Polis telah menerima laporan berhubung penggunaan bahan letupan untuk menangkap ikan di Sungai Sepia, Taman Negara Pahang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut.
Pada 16 Julai lalu, seorang pemandu bot di kawasan terbabit terdengar dua letupan kuat di kawasan itu.
Berikutan itu, lelaki terbabit membuat laporan polis di Pondok Polis Kuala Tahan pada jam 3 petang semalam. – MalaysiaGazette