MELAKA – Pusat Islam dan Kelab Usrati Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Combodia-Arabic Student Alumni Association dan Persatuan Alumni Universiti Texas menganjurkan program Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja 2022 bermula pada 10 hingga 15 Julai 2022 lalu.
Program ini untuk meluaskan peranan UTeM di peringkat antarabangsa dengan kerjasama agensi-agensi yang prihatin dalam membantu golongan fakir miskin dan kurang bernasib baik dari kalangan komuniti minoriti Islam.
Selain itu, program ini juga menzahirkan keberadaan UTeM di peringkat antarabangsa dari aspek kebajikan, tanggungjawab sosial universiti dan kesukarelawan.
Menurutnya, setiap tahun program ini mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan warga UTeM.
Pengarah Pusat Islam UTeM, Dr Mahadi Abu Hassan berkata, program ini sudah memasuki sembilan tahun penganjurannya.
Tahun ini, seramai tujuh petugas dari UTeM yang diketuai oleh Muhammad Asyraf turut serta bagi membantu saudara se-Islam di Kemboja untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan bersama-sama melakukan ibadah korban.
”Program ini mendapat sokongan padu dari kalangan warga staf UTeM, Bank Islam dan masyarakat sekitar dengan penyertaan korban sebanyak 20 ekor lembu, dua ekor kambing, 84 buah wakaf perigi, bantuan pakaian serta program berkhatan oleh
doktor perubatan UTeM.
Selain itu penganjuran aktiviti dakwah, program menyantuni asnaf dan sumbangan kepada pembangunan masjid dan sekolah melalui Tabung Amal Jariah UTeM juga dilakukan. – MalaysiaGazette