Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) memaklumkan pihaknya sudah mengusulkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian mengenai Pendanaan Politik telah diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.
Pengerusinya, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, usul berkenaan dihantar pihaknya bertujuan bagi mengukuhkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam isu dana politik dalam negara.