Azam Baki

PUTRAJAYA – Masyarakat perlu sedar lambakan maklumat yang tidak terkawal di ruangan siber yang membenarkan kepelbagaian pandangan dan perspektif.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, sesiapa yang boleh mempengaruhi persepsi dan mengawal naratif sesuatu isu, mereka adalah king maker hari ini.

Menurut beliau, terdapat segelintir blogger dan pempengaruh (influencer) media sosial dijadikan alat memesongkan isu-isu tertentu sekali gus menutup kewartawanan beretika.

Jelasnya, SPRM sentiasa mengkaji isu-isu penting yang perlu dijawab dan melaporkan berita yang perlu cuma masyarakat perlu sedar tentang limitasinya.

“Apabila berkongsi maklumat, kita tidak boleh kongsi semuanya, kita tak boleh nak template (samakan sesuatu tindakan) seperti yang dibuat dalam kes-kes sebelum ini.

“Ada portal-portal di laman sosial seperti Twitter yang tidak dapat dipastikan tuan empunyanya di mana mereka ini tiada etika, dia akan cuba memusnahkan reputasi.

“Kerja kami untuk bina reputasi, kerja dia untuk meruntuhkan reputasi” katanya.

Kata Azam, segala perkara akan sentiasa dituluskan dari semasa ke semasa cuma memerlukan masa yang terbaik untuk menjawabnya.

Rentetan itu beliau mengambil keputusan polisi untuk menjawab isu-isu yang perlu sahaja dan bukan semuanya perlu dijawab.

“Menjadi seorang Ketua Pesuruhjaya perlukan kesabaran yang tinggi, sebagai seorang pemimpin di mana-mana pun pada saya, kita jangan cepat melatah tentang sesuatu isu.

“Tapi ada juga isu-isu yang spontan yang kita kena jelaskan, contohnya, tohmahan-tohmahan tertentu yang mengatakan penyalahgunaankuasa oleh pegawai saya kononnya yang berlaku baru-baru ini pegawai saya kononnya dilaporkan mendera,” katanya pada Program Executive Talk Media Elektronik dan Portal bersama SPRM dii sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita berkata, beliau menyifatkan isu yang mengatakan ada ‘tangan ghaib’ di Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah perkara yang tidak baik kerana pihak yang melemparkan tohmahan itu boleh meruntuhkan reputasi jabatan kehakiman.

AGC ada etika dan ada limitasi mereka untuk menjawab soalan, katanya.

Azam berkata, sebagai contoh, kes MARA yang telah digembar-gemburkan oleh media sosial bahawa pegawai jabatan itu tidak akan didakwa telah membentuk persepsi seolah-olah SPRM dan AGC cuba menutupnya isu tersebut.

Walhal hakikatnya, dua pegawai MARA terbabit telah dituduh hari ini mengikut bukti yang ada namun persepsi negatif wujud ekoran spekulasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Luluskan memo elaun memangku, dua pegawai kanan MARA didakwa

“Semua orang mungkin tahu berkenaan kes MARA tapi saya masih belum menamakan mereka, walaupun ada keluar (nama) dari surat MARA dan menjadi pengetahuan umum, saya cuma mengesahkan lima pegawai dijalankan siasatan sebagai langkah menjaga reputasi mereka yang disiasat.

“Saya tak boleh menamakan kepada masyarakat inilah confirm nama satu, dua, tiga mereka yang dalam siasatan”

“Walaupun sebagai Ketua Pesuruhjaya memang ada kuasa di ketika tertentu di mana saya boleh mendedahkan identiti bagi satu-satu kes, saya tak mahu berbuat demikian yang boleh membina persepsi negatif yang tidak baik terutama mereka yang disiasat.

“Sekiranya kalau saya tersalah membuat ulasan atau pengumuman, ia akan menjejaskan banyak pihak terutama mereka yang di bawah siasatan” katanya.

Tegas Azam, pendedahan sesuatu isu akan dibuat mengikut masa, kesesuaian dan sensitiviti sesuatu isu itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SPRM tolak guna CPI ukur tahap amalan rasuah – Azam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast