LONDON – Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki Afrika/CAF buat kali kedua menewaskan bekas rakan sepasukan Mohamed Salah untuk anugerah edisi 2022.
Mane dipilih selepas terbukti penting kepada kejayaan Senegal baru-baru ini selain mencetak 23 gol untuk The Reds musim lalu.
Sadio Mane dan Salah itu dinamakan dalam senarai pendek tiga pemain terakhir untuk anugerah itu selepas kedua-duanya menikmati tahun yang prolifik dan kejayaan.
Kedua pemain terbukti menjadi nadi penting untuk Liverpool dalam kempen yang luar biasa dengan menjaringkan 54 gol antara mereka ketika pasukan Jurgen Klopp menjulang dua trofi.
Di pentas antarabangsa, mereka dua kali bertembung dalam perlawanan akhir utama iaitu dalam final Piala AFCON dan Play Off Piala Dunia dengan Mane muncul sebagai pemenang pada kedua-dua perlawanan tersebut dengan Senegal.
Salah dan Mane telah disertai dalam senarai pendek oleh penjaga gol Chelsea dan Senegal, Edouard Mendy, yang menikmati kejayaan cemerlangnya bersama Senegal.
Mane kini berhijrah ke Bayern Munich dan ia kali kedua Mane menewaskan Mo Salah untuk anugerah tersebut selepas kali pertama pada 2019.
Sementara itu, berasa bangga kerana mereka akhirnya memiliki pemain pertama dalam sejarah kelab memenagi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan CAF. – Agensi