Foto: FB Xi Jinping.

ISTANBUL – Presiden China, Xi Jinping memberi amaran kepada rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden agar ‘tidak bermain dengan api’ mengenai Taiwan semasa perbualan telefon.

“Mereka yang bermain dengan api akan musnah,” kata Xi menerusi kenyataan yang disiarkan laman sesawang Kementerian Luar China.

“Adalah diharapkan AS akan jelas mengenai perkara ini. AS sepatutnya menghormati prinsip satu China (mengiktiraf Beijing sebagai kerajaan tunggal China),” kata Xi sambil menambah ‘pendapat awam tidak boleh ditentang’ seperti dipetik agensi berita, Anadolu.

Beijing mempertimbangkan Taiwan sebagai ‘wilayah terpisah’ nya manakala Taipei mengekalkannya sebagai wilayah yang merdeka sejak 1949.

Xi berkata, ‘sejarah mengenai Taiwan adalah jelas, begitu juga dengan fakta dan status qou kedua-dua bahagian Selat Taiwan milik China’.

“China tegas menentang langkah puak pemisah terhadap ‘kemerdekaan Taiwan’ dan gangguan oleh kuasa luar, dan tidak membenarkan sebarang ruang kepada kuasa ‘kemerdekaan Taiwan’ dalam apa jua bentuk,” kata Presiden China itu.

Beijing berang lawatan yang dilakukan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan yang menunjukkan sokongan terhadap Taipei.

Dalam taklimat ringkas semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian mengulangi tentangan Beijing terhadap lawatan tersebut.

Ditanya mengenai perbualan dua hala dengan China itu, seorang pegawai pentadbiran Biden yang tidak mahu dikenali berkata kepada wartawan, Xi ‘menggunakan bahasa yang sama’ sebelum perbincangan, ‘tetapi saya tidak mahu menghuraikan pelbagai metafora bahawa PRC (China) cuba menggunakan dalam isu ini,”.

“Pada asasnya kedua-dua pemimpin membincangkan perbezaan antara AS dan China berhubung Taiwan, tetapi mereka mengurusnya untuk tempoh lebih 40 tahun dan mengekalkan keterbukaan komunikasi dalam isu yang penting ini,” kata pegawai tersebut. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast