Latihan ketenteraan bersama Tentera Laut Filipina (TLF) di Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kukuh kerjasama menjamin keselamatan maritim serantau.Ihsan Foto: TLDM Lumut Perak.

KUALA LUMPUR – Latihan ketenteraan bersama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Filipina satu program diplomasi pertahanan kedua-dua pihak memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan maritim serantau.

Latihan ketenteraan bersama Tentera Laut Filipina (TLF) di Pusat Taktikal Maritim
(PUSTAKMAR) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kukuh kerjasama menjamin keselamatan maritim serantau.Ihsan Foto: TLDM Lumut Perak.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Markas Pemerintahan Armada Timur telah menganjurkan siri latihan ketenteraan bersama Tentera Laut Filipina (TLF) itu di Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 25 hingga 29 Julai lalu.

“Eksesais bilateral yang dilaksanakan secara tahunan ini merupakan salah satu pengisian dalam program diplomasi pertahanan di antara kedua tentera laut dalam usaha mengukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan maritim serantau.

“Eksesais kali ini telah dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX) dengan pendekatan secara olah perang menggunakan fasiliti terbaik Action Speed Tactical Trainer (ASTT) di PUSTAKMAR.

Latihan ketenteraan bersama Tentera Laut Filipina (TLF) di Pusat Taktikal Maritim
(PUSTAKMAR) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kukuh kerjasama menjamin keselamatan maritim serantau.Ihsan Foto: TLDM Lumut Perak.

“ASTT digunakan secara efektif bagi melatih dan mempertingkat keupayaan pegawai dan anggota TLDM dalam aspek latihan peperangan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Timur awal pagi tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam eksesais ini, simulasi ASTT memfokuskan kepada peperangan anti permukaan, anti udara dan julung kalinya turut melibatkan simulasi peperangan bawah permukaan seperti bantuan maritime patrol aircraft (MPA) dan antisubmarine helicopter.

Tambah markas itu, MTA MALPHI LAUT 3/22 telah mencapai objektifnya iaitu meningkatkan interoperabiliti dan keupayaan kedua-dua angkatan laut dalam melaksanakan operasi bersama.

Latihan ketenteraan bersama Tentera Laut Filipina (TLF) di Pusat Taktikal Maritim
(PUSTAKMAR) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kukuh kerjasama menjamin keselamatan maritim serantau.Ihsan Foto: TLDM Lumut Perak.

Menurutnya, melalui eksesais sebegini, TLDM dan TLF dapat bertukar pandangan serta membuka ruang perbincangan bagi pengukuhan hubungan diplomasi pertahanan kedua-dua negara.

“Tidak ketinggalan, ia turut memberi pendedahan senario sebenar peperangan dan berupaya meningkatkan kompetensi warga TLDM serta TLF yang terlibat,” katanya.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali yang turut hadir semasa pelaksanaan eksesais telah menekankan bahawa penganjuran MTA MALPHI LAUT ini merupakan salah satu platform dalam mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua tentera laut.

Latihan ketenteraan bersama Tentera Laut Filipina (TLF) di Pusat Taktikal Maritim
(PUSTAKMAR) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kukuh kerjasama menjamin keselamatan maritim serantau.Ihsan Foto: TLDM Lumut Perak.

Menurut beliau, kerjasama sebegini penting bagi mengukuhkan kerjasama maritim dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kestabilan keselamatan serantau.

Turut hadir semasa pelaksanaan eksesais ialah Brigedier Jeneral Edwin E. Amadar PN (M), Commander Fleet-Marine Ready Force Philippine Navy yang turut melaksanakan lawatan kerja selama tiga hari ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Eksesais sebegini merupakan komitmen TLDM yang sentiasa berusaha mengukuhkan kerjasama bersama angkatan laut serantau bagi meningkatkan profesionalisme dan keupayaan dalam menentukan keselamatan maritim serantau terjamin.

Selain itu, ia turut membuka ruang kepada angkatan laut serantau untuk mendekati serta mengenali budaya kerja warga TLDM dan seterusnya mempererat hubungan dua hala yang sedia terjalin. – MalaysiaGazette