KUALA LUMPUR – Kenaikan tarif air komersial bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah amat tidak tepat pada masanya.
“Tarif yang naik hampir 30 peratus dari RM2.07 kepada RM2.62 bagi setiap meter padu air tidak membantu keadaan inflasi yang tinggi ketika ini,” kata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam media sosialnya hari ini.
Ia, menurutnya, hanya akan menambah kepada kos perniagaan dan harga bagi semua jenis barangan dan servis.
“Bila harga barang naik lagi, korang salahkan kerajaan pusat pula,” katanya.
Sebelum itu, Air Selangor semalam mengumumkan tarif baharu untuk pengguna bukan domestik akan bermula 1 Ogos depan.- MalaysiaGazette