Ismail Sabri Yaakob PM harassing Prime Minister UMNO
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Silat kini berkembang luas bukan hanya di rantau ini tetapi juga negara-negara lain di dunia yang tidak berkongsi budaya dan adat resam yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbezaan itu telah menyatukan pengamal seni silat.

“Seni silat juga terbukti mampu menjadi jambatan budaya
Melayu Nusantara dengan dunia luar melalui ratusan ribu
ahlinya dari benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan
Afrika.

“Sehubungan itu, budaya persilatan yang telah lama
bertapak ini perlu dikekalkan agar dapat diterima oleh
semua lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis Penutup Kejuaraan Pencal Silat Dunia ke-19 di Melaka, hari ini.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut mengumumkan dana sebanyak RM1 juta disalurkan kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Menurut Perdana Menteri, seni silat bukan sekadar untuk mempertahankan diri tetapi ia juga membentuk keterampilan dan jati diri mereka yang mempelajarinya.

Malah, tambah beliau, ia juga mendidik pengamalnya supaya tidak mudah mengalah dan berjiwa besar, selain sentiasa menyemai dan menyemarakkan semangat perjuangan pejuang silam.

Katanya, warga Malaysia patut berbangga kerana dunia persilatan Melayu telah menyaksikan pelbagai pencapaian dan kejayaan, malah telah diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi
negara.

“Terbaharu, Pesaka dan Jabatan Warisan Negara berjaya menyenaraikan silat sebagai Warisan Tidak Ketara Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), satu lagi pengiktirafan tertinggi buat Malaysia.

“Seni silat seharusnya menjadi sebahagian daripada gaya
hidup masa kini yang membentuk karakter peribadi dan
disiplin bagi sesiapa yang mengamalkannya.

“Saya berharap seni silat akan terus dipraktikkan oleh
generasi masa kini dan akan datang supaya ia kekal
dimartabatkan dan terus relevan sepanjang masa,” ujarnya.

Menurut Ismail Sabri, beliau difahamkan terdapat persatuan silat yang menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu berbanding hanya empat atau lima orang pelajar dalam tempoh setahun
sebelum ini.

Katanya, ini jelas menunjukkan pengaruh silat yang memaparkan
semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan dan adab orang Melayu memberi impak kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk mengenalinya secara mendalam. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast