Sembilan individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret dekat sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada Julai lalu.

BATU PAHAT – Sembilan individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret dekat sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada Julai lalu.

Majistret Nurasidah A. Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap lima lelaki dan tiga wanita dan memerintahkan mereka dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Kesemua mereka Muhamad Muslim Hamidi, 24, Muhammad Qamarul Jafree, 25, Wong Jong Sin, 23, Mohamad Shahrul Affendy Kamarulzaman, 24, Tan Jun Fatt, 18, Siti Nur Fadilah Abdul Rahman, 19, Huda Nadiela Hashim, 19, Muhammad Zulfaizzat Zakaria, 30 dan seorang tertuduh yang masih lagi bawah umur.

Mengikut pertuduhan, lapan di antara mereka dikenakan denda RM5,000 dan penjara enam bulan jika gagal membayar denda manakala seorang remaja bawah umur berkenaan dibenarkan jamin sebanyak RM2,000 kerana kes akan disebut semula pada 21 September depan.

Kesemua mereka dituduh melakukan perbuatan itu bersama-sama di antara 1 Julai hingga 17 Julai 2022 di No 15 Jalan Jambu Air Taman Sentosa, Batu Pahat.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala semua tertuduh diwakili peguam Hooi Tsae Yun.

Tsae Yun memohon supaya hukuman denda minimum dikenakan ke atas kesemua anak guamnya selepas semua tertuduh mengaku salah dan terdiri daripada pesalah muda dan tidak mempunyai kesalahan lampau.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 seorang terhadap lapan individu  dan jika gagal membayarnya, akan dipenjara selama enam bulan manakala remaja bawah umur dibenar jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh adalah pihak kepada suatu pakatan jahat jenayah dengan bersetuju antara satu sama lain untuk persediaan melakukan suatu perbuatan menyalahi undang-undang iaitu menipu tawaran kerja tidak wujud dengan persediaan berdasarkan lapan unit telefon bimbit dan satu unit komputer riba.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast