Sebuah bas sekolah tersekat di anak sungai berikutan hujan lebat berhampiran bandar Jackson. Foto Getty Images

KENTUCKY – Sekurang-kurangnya 37 orang maut dalam banjir kilat di timur Kentucky, ketika wilayah itu bersiap sedia untuk menerima lebih banyak hujan.

Mereka yang maut itu termasuk empat adik-beradik berumur satu hingga lapan tahun, yang dilaporkan terlepas daripada pegangan tangan ibu bapa mereka.

Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata, angka kematian akan terus meningkat kerana “ratusan” orang masih tidak dapat dikesan.

Lebih daripada 12,000 isi rumah kekal tanpa bekalan elektrik dan beratus-ratus rumah serta perniagaan telah ditenggelami air.

Kerosakan kepada jalan raya, jambatan dan infrastruktur lain akan menelan belanja berjuta-juta untuk dibaiki, kata gabenor lagi.

Beshear, yang melawat beberapa kawasan kejiranan yang paling teruk terjejas pada hujung minggu berkata, beliau melihat “rumah hanyut” dan “sekolah musnah”.

Ini adalah banjir kilat terburuk yang pernah dilihat di rantau ini dalam beberapa dekad. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast