Istana Potala di Tibet. Foto Unesco.org

BEIJING – China menutup Istana Potala yang terkenal di Tibet selepas wabak Covid-19 dilaporkan di wilayah Himalaya itu.

Tindakan itu selari dengan dasar “sifar-Covid” yang mewajibkan penutupan kawasan, sekatan pergerakan, ujian saringan rutin dan kuarantin walaupun kebanyakan negara lain membuka negara masing-masing.

Notis di laman sosial memaklumkan istana itu akan ditutup mulai Selasa dan tarikh pembukaan semula akan diumumkan kemudian.

Ekonomi Tibet sangat bergantung pada pelancongan dan Istana Potala adalah tarikan utama.

China sebelum ini berkata, dasar kerasnya telah berjaya dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian berskala besar.

Tetapi para pengkritik termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengecam kesannya terhadap ekonomi dan masyarakat kerana tidak selari dengan sifat virus dan kaedah pencegahan serta rawatan baharu.

China mengumumkan 828 kes baharu penularan domestik pada hari Selasa, 22 daripadanya di Tibet dan majoriti kes tersebut tidak menunjukkan gejala.

Sementara itu, lebih 80,000 pelancong masih terkandas di pulau peranginan selatan Hainan kerana mereka perlu konsisten negatif untuk beberapa hari sebelum dibenarkan keluar. – AP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast