LONDON – Sebuah patung yang dicuri pada 1971 dari sebuah kuil di negeri Tamil Nadu di selatan India telah dikesan ke New York.
Patung abad ke-12 itu ditemui di Rumah Lelong Bonhams, kata polis.
Bonhams ialah sebuah rumah lelongan antarabangsa milik persendirian yang beribu pejabat di London.
Seorang pegawai kanan polis berkata, polis Tamil Nadu telah “menyiapkan kertas” untuk membawa pulang berhala itu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, India telah meningkatkan usaha untuk membawa pulang berhala dan artifak lain yang dicuri atau diseludup dari kuil.
Pada Februari, Perdana Menteri Narendra Modi berkata, lebih daripada 200 berhala berharga telah berjaya dikembalikan semula ke India sejak 2014.
Pada 2020, United Kingdom mengembalikan tiga arca gangsa yang dicuri dari kuil Tamil Nadu lebih 40 tahun lalu kepada kerajaan India.
Patung itu berharga AS$5.1m (£4.2m), berusia lebih 900 tahun dan telah dibeli oleh Galeri Nasional Australia pada 2008.
Patung dari Tamil Nadu yang ditemui polis baru-baru ini dilaporkan hilang dari kuil Nadanapureshwarar Sivan pada 1971.
Siasatan bermula pada 2019 selepas seorang pemegang amanah kuil memfailkan aduan polis.
Siasatan diketuai oleh polis Tamil Nadu, yang mengesan artifak yang hilang.
Berhala, yang berukuran kira-kira 52 sentimeter tinggi, adalah salah satu daripada lima berhala yang hilang dari kuil.
Polis berkata, ia bernilai AS$212,575 (£175,914). – BBC