Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Unit Grafik MalaysiaGazette

KUANTAN – Sebanyak 79550 akaun pengguna di Kuantan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai tengah malam tadi ini sehingga dimaklumkan ekoran masalah mekanikal pam di Rumah Pam Kobat.

Kawasan terlibat ialah seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kubang Ikan dan kawasan sekitarnya.

PAPB menambah, gangguan bekalan air juga membabitkan  kawasan Gebeng Industri FASA I, II, III,MCKIP, seluruh kawasan Pelabuhan dan kawasan sekitarnya.

Ia juga melibatkan  seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan  Jalan Tengku Muhammad, Pelindung Jalan Tengku Muhamad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah, kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, Kelab Golf Diraja dan kawasan berhampiran.

Kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih juga terbabit termasuk Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol, Cenderawasih dan kawasan sekitarnya.

Seluruh kawasan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, sebahagian Tanjung Pasir dan kawasan sekitar Indera Mahkota 1, 2, 3, 5, 6, Kg Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah & Tanah, SBPI, PAIP HQ, Terminal Sentral, Bomba IM, Widad dan kawasan sekitarnya.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999. – MalaysiaGazette