GEORGE TOWN – Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di kedudukan 0.7 batu nautika di timur laut Padang Kota Lama di sini semalam.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat tersebut ditemui pemancing sebelum memaklumkan kepada pihaknya pukul 2.05 petang.

Jelas beliau, pasukannya diatur gerak ke lokasi sebaik menerima maklumat daripada Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berseluar pendek dan tanpa sebarang pengenalan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang (HPP) dan diserah kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu  kenyataan media.

Abd Razak berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut dan orang ramai yang mempunyai ahli keluarga hilang diminta tampil membuat aduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast