Barisan Nasional (BN) mengesahkan gabungan itu akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) nanti.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi menjadikan mereka parti dominan untuk membentuk kerajaan yang kukuh selepas pilihanraya.